NIK Ezanee Mohd Faisal. FOTO Arkib NSTP
NIK Ezanee Mohd Faisal. FOTO Arkib NSTP
Raja Noraina Raja Rahim


BEBERAPA pasukan polis ditugaskan mengawal keselamatan di sebuah hotel di sini, hari ini, susulan sidang media khas yang dijangka diadakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pasukan terbabit adalah dari Balai Polis Sea Park, Damansara, Petaling Jaya, Kelana Jaya, Sungai Way, Kota Damansara, Sri Damansara dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Difahamkan, lebih 100 pegawai dan anggota terbabit dalam Op Lakar Perdana yang diketuai Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal.

Nik Ezanee ketika dihubungi berkata, ia adalah penugasan biasa apabila membabitkan pergerakan Perdana Menteri.

“Berikutan kehadiran Tun M di kawasan saya, maka saya perlu atur anggota bertujuan untuk mengawal keselamatan dan lalu lintas.

“Tambah pula, tular di media sosial (pensejajaran semula kekuasaan) maka polis perlu bersedia,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, Dr Mahathir dijadual bertemu Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali jam 8 malam ini.

Difahamkan, Dr Mahathir juga dijangka mengadakan sidang media selepas pertemuan itu, namun masa belum ditetapkan.

Berita berkaitan

Jangan khianati mandat rakyat

Kenderaan VIP tinggalkan Istana Negara

Tidak biadap terhadap Tun - Khalid Samad

Mohd Amar: Tunggu dan lihat

'Ya, semua diarahkan ke sini'

Zahid sudah ada di Istana Negara

Pimpinan PKR tinggalkan rumah Anwar

Pemimpin UMNO 'tutup mulut'

'Peristiwa besar dalam beberapa jam lagi'

20 kenderaan VIP ke Istana Negara

Ahli Parlimen PAS 'dikuarantin'

Azmin umum keluar PKR?

UMNO bincang politik semasa negara

Tujuan mesyuarat tertutup belum terjawab

Suasana politik negara 'panas'

GPS sokong Tun Mahathir

Belum terima maklumat menteri kosongkan pejabat

Tun M hadiri pertemuan pemimpin Bersatu

Tun M hadiri pertemuan pemimpin Bersatu

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Februari 2020 @ 8:16 PM