Muhaamad Hafis Nawawi


BEBERAPA pemimpin UMNO enggan memberi sebarang kenyataan berhubung kehadiran mereka pada mesyuarat khas di Menara Dato’ Onn petang ini.

Mesyuarat khas dihadiri Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu yang berlangsung selama dua jam itu berakhir 6 petang tadi apabila mereka mula meninggalkan perkarangan Menara Dato’ Onn.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan turut memohon maaf kepada media kerana beliau tidak dapat memberi sebarang kenyataan buat masa ini.

“Minta maaf saya tidak dapat beri apa-apa kenyataan tetapi ini adalah mesyuarat khas MKT yang dihadiri Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli MKT UMNO.

“Presiden PAS (Datuk Seri Hadi Awang) tidak hadir pada pertemuan ini kerana ia hanya membabitkan ahli UMNO,” katanya kepada media ketika ditemui, hari ini.

Ketika ditanya ke mana beliau akan pergi selepas selesai mesyuarat, Ahmad hanya memberitahu ingin pulang ke rumah.

Beliau turut tersenyum dan tidak menjawab soalan media apabila ditanya sama ada akan turut ke sebuah hotel di Petaling Jaya yang turut dijangka dihadiri Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Berita berkaitan

'Peristiwa besar dalam beberapa jam lagi'

20 kenderaan VIP ke Istana Negara

Ahli Parlimen PAS 'dikuarantin'

Azmin umum keluar PKR?

UMNO bincang politik semasa negara

Tujuan mesyuarat tertutup belum terjawab

Suasana politik negara 'panas'

GPS sokong Tun Mahathir

Belum terima maklumat menteri kosongkan pejabat

Tun M hadiri pertemuan pemimpin Bersatu

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Februari 2020 @ 6:32 PM