Laporan Portal Harian Metro
Laporan Portal Harian Metro
Rosyahaida Abdullah


PENSEJAJARAN semula kerajaan mampu memberi manfaat besar dalam pentadbiran negara berikutan kepimpinan dibarisi ahli politik berpengalaman, kata Penganalisis Politik, Mujibu Abd Muis.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Teknologi MARA (UiTM) berkata, kebanyakan anggota kabinet terdiri daripada bekas pembangkang yang nampak masih sukar menyesuaikan diri untuk memimpin negara.

Situasi itu katanya, membawa kepada masalah dalam konteks kepartian apa lagi ada pemimpin masih belum teradaptasi dengan cara dan protokol sepatutnya.

“Hampir dua tahun Pakatan Harapan (PH) memerintah namun rata-rata pemimpin yang dulunya pembangkang masih nampak kekok dalam menjalankan tugas masing-masing.

“Saya kira pensejajaran semula kerajaan akan membawa perubahan ketara dalam susunan anggota kabinet dan sebagainya namun apa yang penting, pengalaman dimiliki ahli parti politik Barisan Nasional khasnya, kita tahu mereka cukup arif cara terbaik mentadbir.

“Mungkin akan ada rakyat yang tidak suka dengan perkara ini, namun jika ia berlaku, tentunya ada kesan positif bukan saja kepada politik malah mempengaruhi bidang lain khususnya ekonomi yang menjadi isu utama rakyat,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Pada masa sama, Mujibu menjelaskan kepentingan untuk memastikan pemimpin yang akan berada dalam kabinet mengambil kira kepelbagaian kaum di negara ini.

“Kabinet harus menggambarkan Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, maksudnya, perlunya kepelbagaian kaum untuk menjadi wakil dalam kabinet,” katanya.

Berita berkaitan

130 kerusi memihak Tun M

Jangan khianati mandat rakyat

Kenderaan VIP tinggalkan Istana Negara

Tidak biadap terhadap Tun - Khalid Samad

Mohd Amar: Tunggu dan lihat

'Ya, semua diarahkan ke sini'

Zahid sudah ada di Istana Negara

Pimpinan PKR tinggalkan rumah Anwar

Pemimpin UMNO 'tutup mulut'

'Peristiwa besar dalam beberapa jam lagi'

20 kenderaan VIP ke Istana Negara

Ahli Parlimen PAS 'dikuarantin'

Azmin umum keluar PKR?

UMNO bincang politik semasa negara

Tujuan mesyuarat tertutup belum terjawab

Suasana politik negara 'panas'

GPS sokong Tun Mahathir

Belum terima maklumat menteri kosongkan pejabat

Tun M hadiri pertemuan pemimpin Bersatu

Tun M hadiri pertemuan pemimpin Bersatu

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Februari 2020 @ 8:42 PM