GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Mohd Roji Kawi


MAYAT lelaki ditemui dengan kedua-dua belah kaki dan tangan kanannya hilang ditemui terapung di Sungai Limbang, berhampiran tanah perkuburan Batu Miris, di Limbang,

semalam.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mayat lelaki yang identitinya belum dikenal pasti itu ditemui oleh orang awam, jam 2.55 petang.

Beliau berkata, berdasarkan keadaan mayat yang tinggal separuh badan, pihaknya percaya mangsa dibaham buaya.

“Tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat yang semakin reput itu dan dia dipercayai meninggal dunia lebih 48 jam,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Katanya lagi, setakat ini polis tidak menerima laporan orang hilang dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Limbang untuk dibedah siasat.

Kejadian itu adalah yang kedua mayat separuh badan ditemui selepas mayat seorang pencari ketam ditemui di Sungai Ulu Lobak, Lundu, Sabtu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 January 2020 @ 8:40 AM