BERNAMA

TUN Dr Mahathir Mohamed menzahirkan ucapan tahniah kepada Unit Tindakhas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena ulang tahun ke-45 pasukan itu.

Perdana Menteri berkata, ​​​​​​​UTK merupakan sebuah unit yang istimewa dengan anggotanya yang terlatih dan mempunyai kebolehan tertentu.

“Saya amat gembira kerana Unit Tindakhas sudah sampai ke usia 45 tahun.

“Kita harap unit ini selalunya akan ingat tentang tanggungjawabnya dan sedar bahawa tindakan-tindakan yang diambil tentulah mengikut undang-undang negara,” kata Dr Mahathir menerusi catatan di laman Facebook rasmi beliau, hari ini.

UTK ditubuhkan pada 1 Januari 1975.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 January 2020 @ 7:39 PM