Ahmad Khusairi (kiri) dan Abd Aziz. Foto Ihsan SPRM
Ahmad Khusairi (kiri) dan Abd Aziz. Foto Ihsan SPRM
Nurul Hidayah Bahaudin

SURUHAJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan pelantikan Pengarah Bahagian Perisikan Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya sebagai Pengarah Bahagian Siasatan yang baharu berkuat kuasa 24 Disember lalu.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Ahmad Khusairi menggantikan Datuk Seri Simi Abdul Ghani, 60, yang bersara wajib pada tarikh sama selepas 36 tahun berkhidmat bersama Badan Pencegah Rasuah (BPR) atau SPRM bermula sebagai Pegawai Siasatan pada 1983.

Ahmad Khusairi, 52, yang memulakan kerjaya sebagai Pegawai Siasatan pada 1992 sebelum ini pernah memegang jawatan Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan serta Pengarah SPRM Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan itu, Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan Datuk Abd Aziz Aban, 55, pula dilantik sebagai Pengarah Bahagian Perisikan menggantikan Ahmad Khusairi berkuat kuasa tarikh yang sama.

Abd Aziz sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Pengarah SPRM Putrajaya, Pengarah SPRM Kelantan dan Pengarah SPRM Pulau Pinang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Disember 2019 @ 11:39 AM