Mohd Husni Mohd Noor

Putrajaya: Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor Datuk Simi Abd Ghani dilantik sebagai Pengarah Bahagian Siasatan SPRM yang baru berkuat kuasa semalam.

SPRM dalam kenyataan hari ini berkata, Simi dilantik bagi menggantikan Datuk Azam Baki yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SRPM pada Oktober tahun lalu.

Menurutnya, SIMI menyertai SPRM pada 16 Jun 1983 sebagai Pegawai Siasatan di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebelum dilantik sebagai Pengarah BPR Sarawak pada 1 Disember 2004 dan memegang jawatan sebagai Pengarah BPR Pahang 16 Julai 2006.

"Pada 1 Januari 2008, Simi memegang jawatan sebagai Pengarah BPR Johor dan dilantik sebagai Pengarah SPRM Selangor pada 2014 sebelum kembali menjadi Pengarah SPRM Johor pada 15 Mac tahun lalu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 January 2017 @ 8:42 PM