ARAZLAN (kanan) dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu berkuat kuasa hari ini. FOTO ihsan Twitter
ARAZLAN (kanan) dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu berkuat kuasa hari ini. FOTO ihsan Twitter
BERNAMA

Kuala Lumpur: Pengarah Kanan Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Norazlan Mohd Razali dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM baharu berkuat kuasa hari ini.

Norazlan, 57, menggantikan Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil yang bersara wajib.

Menurut SPRM dalam kenyataan hari ini, Norazlan yang mula menyertai SPRM pada 9 Februari 1989 pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi, Pengarah SPRM Selangor, Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), Ketua Staf Pejabat Eksekutif Ketua Pesuruhjaya SPRM, Ketua Unit Integriti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Pengarah SPRM Johor.

Kenyataan itu turut memaklumkan Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas Datuk Hishamuddin Hashim dilantik sebagai Pengarah Kanan Siasatan SPRM yang baharu menggantikan Norazlan berkuat kuasa pada tarikh sama.

"Ketua Unit Integriti Kementerian Pengangkutan Datuk Tan Kang Sai dilantik sebagai Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas menggantikan Hishamuddin," demikian menurut kenyataan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 September 2021 @ 2:29 PM