Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Arkib NSTP
Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Arkib NSTP
Isma Ismail

PRESIDEN PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia untuk memberi keterangan untuk membantu siasatan berkaitan dakwaan bekas pegawai penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther.

Beliau dalam satu kenyataan di Facebook (FB) hari ini berkata, pihaknya sedia beri keterangan pada kadar segera untuk bantu siasatan.

“Merujuk kepada dakwaan fitnah terbaru, saya berterima kasih kepada pihak polis kerana menyegerakan siasatan mereka.

“Ingin saya tegaskan bahawa saya bersedia memberi keterangan kepada pihak polis dalam kadar segera untuk membantu siasatan,” katanya.

Hari ini, dilaporkan polis akan memanggil Anwar untuk memberi keterangan berkaitan dakwaan Muhammed Yusoff.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed turut mengesahkan akan memanggil beberapa saksi lain bagi melengkapkan siasatan kes itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Kesemua yang akan dipanggil itu akan diambil keterangan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman mengikut tarikh temu janji yang sesuai.

Sebelum ini, Muhammed Yusoff membuat laporan di Balai Polis Sentul dengan mendakwa dirinya dicabul Anwar dan sehingga kini, polis juga sudah merekod keterangannya sebanyak dua kali berakhir semalam.

Akuan bersumpah yang ditulisnya mengenai dakwaan itu turut diambil.

Berita berkaitan

Kes Yusoff Rawther: Polis panggil Anwar, saksi

Yusoff sambung beri keterangan tiga jam

7 jam beri keterangan [METROTV]

'6 jam sudah berlalu...'

'Hantar notis tuntutan sekali lagi'

'Ini muslihat untuk jatuhkan imej saya'

Polis akan panggil Muhammad Yusoff Rawther

Anwar lapor polis

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Disember 2019 @ 3:16 PM