RANGKA  manusia bersama satu tongkat dan baju T di kawasan semak. FOTO ihsan pembaca
RANGKA manusia bersama satu tongkat dan baju T di kawasan semak. FOTO ihsan pembaca
Muhamaad Razis Ismail


RANGKA manisia dipercayai warga emas yang hilang sejak bulan lalu ditemui di kawasan semak di Kampung Batu Balai, Kuala Krai, semalam.

Rangka lelaki itu ditemui orang awam pada 5.30 petang kira-kira satu kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang pada 24 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan rangka itu daripada orang awam.

“Susulan itu pihak bergegas ke lokasi kejadian. Hasil siasatan awal, kita menemui satu rangka manusia bersama satu tongkat dan baju T.

“Jarak rangka manusia dengan tempat warga emas berusia 73 tahun yang dilaporkan hilang sebelum ini adalah lebih kurang satu kilometer,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, rangka itu kemudian dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra di sini untuk proses bedah siasat.

Harian Metro pada 31 Oktober lalu melaporkan, lelaki warga emas hilang selepas keluar dari rumahnya untuk beriadah pada waktu pagi.

Warga emas berkenaan, Che Ya Che Mood keluar dari rumahnya pada 6 pagi dan dilihat kali terakhir pada 24 Oktober lalu kira-kira 200 meter dari rumahnya.

Berita berkaitan:

  • Ayah di mana?
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 November 2019 @ 11:01 AM