BERNAMA

LELAKI warga Singapura yang disyaki terbabit dalam kes penemuan lapan bahagian tubuh mayat manusia, dipercayai milik lebih daripada seorang individu, di kawasan semak Kampung Ladang, Krubong, Melaka, disambung reman selama tujuh hari sehingga 24 Oktober ini.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Mohd Anuar Ostadi mengeluarkan perintah reman itu, selepas membenarkan permohonan polis terhadap lelaki terbabit, bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Pada 10 Oktober lalu, polis menemui sekurang-kurangnya lapan bahagian badan manusia lebih daripada seorang individu yang tidak lengkap, berselerakan di kawasan terbabit dipercayai menjadi mangsa bunuh.

Sabtu lalu, Ketua Polis Melaka Datuk Mat Kasim Karim dilaporkan berkata, polis tidak menolak kemungkinan penemuan lapan bahagian tubuh manusia, dipercayai mangsa bunuh adalah milik dua beranak yang tular di media sosial sejak 11 Oktober lalu.

Susulan itu, seorang lelaki warga Singapura ditahan, dengan kerjasama polis Singapura dan suspek diserahkan kepada pihak polis Malaysia bagi membantu siasatan.

Sebelum ini suspek direman tujuh hari bermula 12 Oktober lalu.

  • Lagi berita berkaitan Mayat Dikerat Lapan
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Oktober 2019 @ 11:51 AM
    LELAKI warga Singapura diiringi anggota polis selepas mendapat tambahan tahanan reman selama tujuh hari berhubung kes yang dikaitkan dengan suspek pembunuhan kejam dua beranak di Kampung Ladang, Krubong, ketika dibawa ke Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh. FOTO Muhammad Zuhairi Zuber