FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
BERNAMA

KENYATAAN Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengenai syarikat penghantaran makanan dalam talian Foodpanda semalam bukan pendirian kerajaan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, kenyataan itu adalah pendapat peribadi Syed Saddiq dan tiada sebarang perbincangan diadakan di peringkat Kabinet mengenai perkara itu.

“Itu pendapat dia (Syed Saddiq), dia tidak bincang dalam Kabinet (dan ia) bukan pendirian kerajaan, mungkin dia ada sebab kenapa membuat kenyataan tersebut,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini.

Dr Mahathir ditanya mengenai kenyataan Syed Saddiq semalam dalam catatan media sosial Twitternya bahawa sikap keangkuhan bukan jalan penyelesaian bagi menyelesaikan isu berkaitan Foodpanda.

Syed Saddiq turut meminta supaya hanya menyokong syarikat korporat yang adil kepada pekerja dan pengguna.

Kenyataan Syed Saddiq tersebut susulan Pengarah Urusan Foodpanda Malaysia, Sayantan Das yang berkata syarikat itu akan mengekalkan skim pembayaran baharu untuk rider di luar Lembah Klang.

Skim pembayaran baharu itu telah mendapat bantahan dan respons negatif daripada rider Foodpanda.

Berita berkaitan:

  • Foodpanda angkuh - Syed Saddiq
  • Skim baharu Foodpanda pendapatan lebih tinggiq
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Oktober 2019 @ 3:46 PM