LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.
LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.
Zuliaty Zulkiffli


POLIS masih mengesan ibu kepada bayi lelaki yang ditinggalkan di luar sebuah surau di Kampung Meribut, Kodiang, di Kubang Pasu, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, setakat ini, belum ada tangkapan dilakukan dan pihaknya masih mengesan individu yang disyaki melakukan perbuatan itu.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi polis untuk membantu siasatan.

“Kes masih disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Dalam kejadian kelmarin, seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui jemaah surau, pada 7.15 malam, ketika hendak menunaikan solat Maghrib.

Bayi seberat 3.42 kilogram itu ditemui dalam keadaan sihat dan dihantar ke Klinik Kesihatan Kodiang sebelum dirujuk ke Hospital Jitra untuk pemeriksaan lanjut.

Berita berkaitan

Baru nak bernafas dah kena buang

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 September 2019 @ 12:39 PM