GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Bayi lelaki ditemui mati dipercayai akibat terjerut tali puting yang dikalungkan pada lehernya, di rumahnya di Taman Sera, Kodiang, hari ini.

Mangsa, Lai Zheng Xing, 16 bulan, ditemui tidak sedarkan diri oleh ibunya, 33, yang juga warganegara Thailand kira-kira 12 tengah hari tadi dengan kesan jerutan pada leher.

Ketika kejadian, bayi itu dikatakan ditinggalkan seketika di dalam bilik ketika ibunya keluar ke taska berhampiran, manakala bapanya pula sedang tidur di ruang tamu.

Difahamkan, mangsa yang ditemui terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai berhampiran buaian, dikejarkan ke klinik berhampiran, sebelum disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Hadi Hassan, mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 January 2017 @ 7:12 PM