PENGUNJUNG menyertai aktiviti ketika pameran MyRumah 2019 di Komtar JBCC, Johor Bahru. FOTO Hairul Anuar Rahim
PENGUNJUNG menyertai aktiviti ketika pameran MyRumah 2019 di Komtar JBCC, Johor Bahru. FOTO Hairul Anuar Rahim
Nurul Amanina Suhaini


HARI kedua pameran hartanah, MyRumah 2019 anjuran Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) di Komtar JBCC, Johor Bahru menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung.

Siri jelajah ketiga pameran hartanah dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu menampilkan empat sesi ceramah bermula 10 pagi hingga 10 malam, dibarisi penceramah jemputan dengan pelbagai topik menarik untuk orang ramai mendapatkan ilmu.

Seawal 11 pagi, hari ini aktiviti dimulakan dengan ceramah disampaikan wakil MyCribBooking.com, Akmal Nizam bertajuk ‘Adakah ‘homestay’ Johor bersedia untuk Visit Malaysia 2020.’

Sesi ceramah diteruskan pada 2.10 petang oleh Pengasas Pejuang Hartanah, Ahyat Ishak, dengan topik ‘4 soalan ajaib sebelum beli rumah pertama.’

Penceramah ketiga bermula 3 petang ini disampaikan jurubank, Bella Leana, dengan topik ‘Pembiayaan rumah pertama.’

Tidak ketinggalan, sesi ceramah terakhir hari ini disampaikan Ketua Sektor Awam Takaful Ikhlas, Azrina Torman dengan ceramah bertajuk ‘Kontrak takaful pembiayaan perumahan penjawat awam.’

Esok, pameran hartanah ini akan diteruskan dengan aktiviti cabutan bertuah kepada pengunjung dan jangan lepaskan peluang menyertai lima sesi ceramah oleh pakar hartanah berpengalaman.

MyRumah 2019 di Johor menawarkan lebih 3,397 unit kediaman dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM2.2 bilion.

Pameran hartanah MyRumah yang memasuki tahun keempat itu disertai lapan pemaju iaitu Bukit Pelali Properties Sdn Bhd, Dynasty View Sdn Bhd, GuocoLand (Malaysia) Berhad, Johor Land Berhad, KPKT serta Jabatan Perumahan Negara (JPN), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Seri Alam Properties Sdn Bhd dan UDA Land (South) Sdn Bhd.

Ia turut disertai MBSB Bank Berhad, Lionmas Furnishers (M) Sdn Bhd, Oriental Food Industries Sdn Bhd, Perbadana Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Takaful Ikhlas Bhd.

Terdahulu, siri pertama MyRumah dianjurkan di pusat beli-belah MyTown, Kuala Lumpur, pada Mac lalu dengan kehadiran lebih 100,000 pengunjung sebelum diteruskan di pusat beli belah AEON Bandaraya Melaka, bulan lalu.

Selepas Johor Bahru siri jelajah pameran hartanah MyRumah 2019 akan berlangsung di Ipoh dan Shah Alam, Selangor.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Ogos 2019 @ 3:24 PM