TIGA mangsa dan bot dinaiki masih belum ditemui.
TIGA mangsa dan bot dinaiki masih belum ditemui.
Rosli Ilham


HENTI sebarkan maklumat palsu berhubung kehilangan tiga pekerja resort di Pulau Tenggol, Dungun semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu Mohd Suffi Mohd Ramli berkata, maklumat palsu seperti penemuan bot mangsa boleh mengganggu operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Malah, katanya, ada juga pihak mengambil kesempatan dengan mendakwa ahli keluarga mangsa serta meminta wang perbelanjaan untuk ke pulau itu daripada pengurusan resort.

“Kita terima banyak maklumat palsu hari ini. Ada yang mendakwa bot mangsa sudah ditemui di Pulau Nyireh, Pulau Kapas dengan sertakan gambar bot, sedangkan ia adalah bot pasukan pencarian.

“Lebih kesal apabila ada pihak mengaku ahli keluarga mangsa dan meminta wang daripada pengusaha resort untuk perbelanjaan mereka datang ke pulau itu.

“Hentikanlah laporan yang tidak benar ini. Sekiranya mangsa ditemui, kita akan maklum dengan segera,” katanya, hari ini.

Mohd Suffi berkata, pihaknya percaya bot dinaiki mangsa mungkin hanyut ke kawasan utara Marang atau Kuala Terengganu.

“Namun setakat ini tiada sebarang objek atau barangan daripada bot yang ditemui. Sebab itu kita percaya bot mangsa mungkin hanyut,” katanya.

Operasi SAR ke atas mangsa membabitkan pelbagai agensi termasuk komuniti nelayan dan kakitangan resort.

Berita berkaitan

'Firasat saya, mereka masih hidup'

Pencarian sehingga 10 batu nautika

Tiga lelaki tak sampai-sampai...

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Ogos 2019 @ 4:05 PM