BERNAMA

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menerima 483 laporan polis sehingga hari ini berhubung kenyataan berbentuk penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW oleh pemilik akaun Wendy Loong di laman sosial Facebook.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad berkata, kenyataan berbentuk penghinaan dibuat pemilik akaun itu di laman Facebook Kiub Batu Itu Berhala, yang dianggotai kumpulan tertutup.

“Polis mendapati posting (hantaran) yang dibuat oleh Wendy Loong sudah dipadam dan polis memohon kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengenal pasti serta menjejaki pemilik akaun Wendy Loong untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang komen yang menyentuh sensitiviti agama atau kaum, di mana-mana platform atau rangkaian komunikasi.

“Suka diingatkan, sebagai warga Malaysia, setiap daripada kita mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk terus mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara ini,” katanya.

Berita berkaitan

Desak penghina Nabi diambil tindakan

Lagi laporan polis kes hina Nabi

Desak penghina Nabi diambil tindakan

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Julai 2019 @ 12:49 AM