LAPORAN portal Harian Metro mengenai dua anggota tentera dilaporkan hilang ketika melaksanakan tugas operasi di Pulau Perak, Kedah sejak Jumaat lalu.
LAPORAN portal Harian Metro mengenai dua anggota tentera dilaporkan hilang ketika melaksanakan tugas operasi di Pulau Perak, Kedah sejak Jumaat lalu.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


USAHA pencarian dua anggota tentera yang hilang di Pulau Perak, Kedah sejak Jumaat lalu masih lagi diteruskan.

Sumber dalaman Tentera Darat Malaysia (TDM) berkata, setakat ini hasil mencari dan menyelamat (SAR) yang dilakukan masih negatif.

“Pencarian akan diteruskan dengan menggerakkan aset Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

“Setakat ini, tiada arahan pemberhentian SAR dan ia diteruskan meliputi kawasan sekitar Pulau Perak,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, dilaporkan dua anggota TDM dari Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja (RRD) dilaporkan hilang ketika melaksanakan tugas operasi di Pulau Perak.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan mengesahkan identiti anggota yang hilang itu dikenal pasti sebagai Koperal David Edmund Rapi, 39, tahun berasal dari Dalat dan Lans Koperal Moses Logers, 25, dari Bau, Sarawak.

Kehilangan anggota itu dikesan pada lewat malam Jumaat lalu ketika ketua penempatan membuat pemeriksaan malam bagi mengira kekuatan.

Berita berkaitan:

  • 2 tentera hilang di Pulau Perak
  • 'Doakan mereka selamat'
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Julai 2019 @ 12:02 PM