Pemandu dan dua kelindan lori tangki maut dalam kemalangan hari ini. FOTO Ihsan PDRM
Pemandu dan dua kelindan lori tangki maut dalam kemalangan hari ini. FOTO Ihsan PDRM
Mohd Sabran Md Sani


KELINDAN kedua yang parah selepas lori tangki dinaiki terbabas dan masuk gaung sedalam tiga meter di Jalan Ulu Tebrau ke Felda Ulu Tebrau, Johor Bahru hari ini disahkan meninggal dunia petang ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, mangsa, Muhammad Afandey Ahmad, 20, disahkan meninggal dunia 2 petang ini.

“Perkara itu (kematian) dimaklumkan Hospital Sultanah Ismail (HSI) dan mangsa ketiga dirawat akibat parah,” katanya.

Beliau berkata, butiran pengenalan diri dua kelindan terbabit sudah diketahui dan siasatan lanjut masih diteruskan.

“Kelindan pertama, Muhammad Afiq Zainol, 19, yang berasal dari Kampung Tanjung Batu, Mukim Nenasi, Pekan, Pahang terbakar seluruh badan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kelindan kedua, Muhammad Afendy Ahmad, yang berasal dari kampung sama meninggal dunia akibat parah ketika dirawat di hospital,” katanya.

Sementara itu, polis mengesahkan hilang kawalan dipercayai menjadi punca lori tangki itu terbabas sebelum masuk gaung.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, kejadian itu mengakibatkan pemandunya, Zulhairy Zainol, 31, dan kelindannya maut di tempat kejadian akibat terbakar.

Berita berkaitan

[UPDATE] Hilang kawalan punca kemalangan

Dua maut, satu cedera lori tangki jatuh gaung

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Mei 2019 @ 4:30 PM