Seorang lelaki meninggal dunia akibat cedera parah selepas dipukul sekumpulan individu di Rantau Panjang. - Foto hiasan
Seorang lelaki meninggal dunia akibat cedera parah selepas dipukul sekumpulan individu di Rantau Panjang. - Foto hiasan
Mohd Hafizee Mohd Arop


LELAKI maut dalam keadaan mengerikan apabila digilis tren elektrik (ETS) sehingga anggota badannya hancur di Kilometer 167.5 landasan kereta api dekat Tasek di Ipoh, kelmarin.

Dalam kejadian 5.20 petang itu, mangsa berusia 21 tahun ditemui dalam keadaan tidak cukup sifat dengan anggota badannya hancur dipercayai dilanggar dan digilis ETS.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, kapten ETS memaklumkan sudah melanggar sesuatu di lokasi berkenaan sebelum berhenti di Stesen Tasek untuk pemeriksaan dan tidak menemui apa-apa unsur kemalangan.

Katanya, pemeriksaan dibuat pengawal keselamatan di lokasi berkenaan kemudiannya menemui tangan manusia sebelum bertindak membuat laporan polis.

“Anggota yang tiba di lokasi kemudiannya ke lokasi tangan itu dijumpai.

“Pemeriksaan di sepanjang landasan bermula dari Kilometer 175 hingga 165 menemui sebahagian cebisan kaki dan tangan manusia serta satu seluar hitam di tengah landasan, turut ditemui kad pengenalan mangsa.

“Cebisan daging berkenaan kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Permaisuri Bainun (HRPB),” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Mohd Ali berkata, polis kemudiannya berjaya menemui mata mangsa yang tersangkut di tepi besi ETS dan menyerahkan kepada Jabatan Forensik HRPB.

Katanya, cebisan yang ditemui sudah disusun dan mendapati jasad mangsa tidak ditemui sepenuhnya kerana sudah hancur digilir ETS berkenaan.

“Temu bual ibu mangsa mengesahkan seluar berkenaan milik anaknya dan polis akan mendapatkan penjelasan dari kapten ETS mengenai kemalangan itu.

“Mayat mangsa masih belum diserahkan kepada ahli keluarga disebabkan masih menunggu keputusan cap jari,” katanya.

Mohd Ali berkata, setakat ini kes diklasifikasikan mati mengejut.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Mei 2019 @ 7:02 PM