Anggota polis mengangkat mayat reput yang ditemui di tepi Pantai Imigresen Tanjung Rhu. FOTO ihsan pembaca
Anggota polis mengangkat mayat reput yang ditemui di tepi Pantai Imigresen Tanjung Rhu. FOTO ihsan pembaca
Hamzah Osman


MAYAT reput tanpa kepala, tangan dan kaki ditemui terdampar di Pantai Imigresen, Tanjung Rhu, Langkawi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, jantina dan bangsa mayat itu tidak dapat dipastikan berikutan keadaannya yang reput.

Katanya, mayat ditemui seorang pekerja syarikat pengurusan sisa pepejal E-Idaman Sdn Bhd (E-Idaman) yang melakukan kerja pembersihan pantai pada 2.15 petang.

“Mayat dibawa ke Hospital Langkawi untuk tindakan selanjutnya.

“Setakat ini polis juga tidak menerima laporan dari mana-mana pihak berkaitan orang hilang di laut,” katanya.

Mohd Iqbal berkata, pihaknya akan melakukan semakan dengan pihak berkuasa di daerah-daerah berhampiran termasuk Perlis dan Thailand.

“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan diteruskan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Mei 2019 @ 6:08 PM