PEGAWAI AADK mengiringi dua penagih dadah untuk menjalani hukuman penjara. FOTO Melvin Joni
PEGAWAI AADK mengiringi dua penagih dadah untuk menjalani hukuman penjara. FOTO Melvin Joni
Melvin Joni


AKIBAT gagal mematuhi syarat lapor diri ditetapkan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), dua penagih dadah dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Serian.

Majistret Afidah Abdul Rahman menjatuhkan hukuman itu selepas kedua-dua lelaki terbabit gagal melapor diri di AADK bagi proses pemulihan.

Jurucakap AADK Sarawak berkata, dua lelaki itu yang juga Orang Kena Pengawasan (OKP) akan dihantar ke Penjara Puncak Borneo.

“Kedua-dua OKP itu masing-masing berusia 21 dan 22 tahun.

“Hukuman penjara turut dijalankan bermula semalam,” katanya dalam satu kenyataan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 6(2)(f) kerana tidak menghadiri program pemulihan di AADK.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mac 2019 @ 4:58 PM