KEADAAN rumah kongsi yang terbakar awal pagi, hari ini. FOTO Ihsan Bomba
KEADAAN rumah kongsi yang terbakar awal pagi, hari ini. FOTO Ihsan Bomba
Hasbi Sidek


SEBANYAK 40 pintu rumah kongsi berhampiran Stesen LRT Gombak, Jalan Terminal Putra, Taman Melati, Kuala Lumpur, hangus awal pagi, hari ini.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dalam kejadian 5.30 pagi itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur Nordin Pauzi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.40 pagi.

"Seramai 24 petugas dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju, Gombak Selatan dan Setapak dengan empat jentera bergegas ke lokasi.

"Sebaik tiba kami mendapati api sedang marak di rumah kongsi yang didiami pekerja binaan sebelum ia dapat dikawal kira-kira sejam kemudian dan padam sepenuhnya 8.12 pagi tadi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mac 2019 @ 11:25 AM