Sebanyak 40 buah rumah kongsi yang terletak berhampiran Stesen LRT Gombak musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi. FOTO Ihsan bomba
Sebanyak 40 buah rumah kongsi yang terletak berhampiran Stesen LRT Gombak musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi. FOTO Ihsan bomba
Hasbi Sidek

SEBANYAK 40 pintu rumah kongsi berhampiran Stesen LRT Gombak, Jalan Terminal Putra, Taman Melati, musnah dalam kebakaran 5.30 pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, Nordin Pauzi berkata, pemeriksaan lanjut mendapati tiada penghuni yang cedera dalam kejadian itu.

“Bomba menerima panggilan pada 5.40 pagi dan seramai 24 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju, Gombak Selatan serta Setapak dengan empat jentera bergegas ke lokasi.

“Kebakaran membabitkan penempatan rumah kongsi pekerja di satu tapak pembinaan di bawah jejambat. Dianggarkan 40 pintu rumah kongsi dengan keluasan satu hektar hangus dalam kejadian ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya mengambil masa hampir sejam untuk mengawal api sebelum kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya jam 8.12 pagi tadi.

“Penghuni sempat menyelamatkan diri. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

KUALA LUMPUR 08 MAC 2019. 40 buah rumah kongsi yang terletak berhampiran Stesen LRT Gombak musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi. GAMBAR IHSAN BOMBA

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mac 2019 @ 4:23 PM