Mohd Husni Mohd Noor


TUJUH bekas ahli Parlimen UMNO diterima masuk sebagai ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), hari ini.

Kesemua mereka menerima kad keahlian BERSATU hari ini yang diserahkan sendiri oleh Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya.

Mereka ialah Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing); Datuk Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor); Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut); Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam), Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah) dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah).

Sebelum ini, semua mereka yang menjadi Ahli Parlimen Bebas meninggalkan UMNO pada 14 Disember lalu.

Bagaimanapun, mereka dikhabarkan membuat 'pusingan U' apabila dikatakan akan memohon kembali sebagai ahli UMNO selepas didakwa menerima tekanan undang-undang berikutan tindakan saman terhadap mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Februari 2019 @ 5:55 PM
DR Mahathir bersama ahli Parlimen BN yang menyertai BERSATU. FOTO Mohd Husni Mohd Noor.
DR Mahathir bersama ahli Parlimen BN yang menyertai BERSATU. FOTO Mohd Husni Mohd Noor.