JENAZAH Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, tiba di Padang Sekolah Kebangsaan Tebengau 10.35 pagi dengan menaiki helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari pangkalan Airod Sdn Bhd, Lapangan Terbang Subang untuk urusan pengkebumian di kampung halamannya di Kampung Tebengau. FOTO Sharul Hafiz Zam

Zahratulhayat Mat Arif

LAPORAN akhir bedah siasat bagi mengetahui punca kematian ahli bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dijangka siap dalam tempoh satu bulan, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

“Selalunya, mereka (ahli patologi) memerlukan ujian darah dan keputusan itu dijangka akan siap dalam sebulan,” katanya ketika sidang media selepas menghadiri program gotong-royong di Kampung Rapat Jaya Tambahan di Ipoh, hari ini.

Tambahnya, sekiranya laporan kecederaan sudah cukup untuk mengetahui punca kematian, maka ahli patologi tidak perlu menunggu keputusan ujian darah.

Muhammad Adib, 24, anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) JBPM Subang Jaya parah selepas diserang dan dipukul perusuh dalam kejadian kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya pada 27 November lalu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember di Institut Jantung Negara (IJN) selepas 21 hari bertarung nyawa.

Lagi berita berkaitan Allahyarham Muhammad Adib

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Disember 2018 @ 10:39 AM