ALLAHYARHAM Muhammad Adib. FOTO Arkib NSTP
ALLAHYARHAM Muhammad Adib. FOTO Arkib NSTP
Noor Atiqah Sulaiman


KEMENTERIAN Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sudah melantik peguam pemerhati untuk keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang meninggal dunia akibat parah dipukul dalam rusuhan di hadapan Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, baru-baru ini.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, peguam itu, Syazlin Mansor turut bertindak sebagai peguam pemerhati untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Beliau berkata, pelantikan itu berhubung siasatan dan pendakwaan kes Muhammad Adib.

Pada kejadian awal pagi 27 November lalu, Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil berkenaan.

Allahyarham dimasukkan ke Unit Jagaan Rapi Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby, Subang Jaya, kira-kira 1 pagi, sebelum dipindahkan ke IJN, Kuala Lumpur, pada keesokan malamnya.

Bagaimanapun, dia kemudian disahkan meninggal dunia pada jam 9.41 malam 17 Disember lalu, selepas tiga minggu dirawat di IJN.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Masjid As-Saadah, Kampung Tebengau, Kuala Kedah, Alor Setar.

Lagi berita berkaitan Allahyarham Muhammad Adib

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Disember 2018 @ 6:16 PM