HALIMEY melawat rumah mangsa kejadian ribut  di Flat PKNS, Kampung Lindungan, Petaling Jaya, semalam.
HALIMEY melawat rumah mangsa kejadian ribut di Flat PKNS, Kampung Lindungan, Petaling Jaya, semalam.
HM Digital

Petaling Jaya: Calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia Halimey Abu Bakar mengakui sudah melawat lebih 85 peratus kawasan pengundi.

Menurutnya, beliau dan semua jentera parti juga sudah bersedia untuk memantau proses pengundian awal hari ini.

“Kami sudah bersedia membuat semua penyediaan dan latihan untuk petugas parti berada di lokasi pengundian awal untuk memantau proses mengundi esok (hari ini).

“Pada program walkabout sebelum ini pun saya sudah bertemu dengan pengundi polis dan tentera menyampaikan harapan kepada mereka,” katanya pada sidang media di Pusat Operasi PH di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 September 2018 @ 10:48 AM