IBADAT korban menerusi Projek Sadaqa dan Korban Adha 2018 yang dilaksanakan oleh Aman Palestin di Gaza. Ihsan Aman Palestin. FOTO Ihsan Aman Palestin
IBADAT korban menerusi Projek Sadaqa dan Korban Adha 2018 yang dilaksanakan oleh Aman Palestin di Gaza. Ihsan Aman Palestin. FOTO Ihsan Aman Palestin
Fazrik Kamarudin


IBADAT korban sempena Aidiladha menerusi Projek Sadaqa dan Korban Adha 2018 yang dilaksanakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia, Aman Palestin diagihkan kepada lebih 100,000 golongan miskin dan memerlukan di Gaza.

Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin di Gaza, Omar Seyam berkata, tahun ini pihaknya mengumpulkan sebanyak 375,850 dolar Amerika (kira-kira RM1.5 juta) untuk tujuan itu.

"Alhamdulillah, Aman Palestin berpeluang melaksanakan ibadat korban sempena sambutan Aidiladha di Gaza.

"Daging korban ini akan diagihkan segera kepada golongan miskin dan memerlukan di Gaza, dan dijangka lebih 100,000 orang miskin dan memerlukan di Gaza akan menerima manfaat daripada projek ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Omar turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyumbang kepada projek berkenaan.

"Terima kasih kepada rakyat Malaysia dan Indonesia serta kepada semua individu yang menyumbang bagi membantu keluarga miskin di Palestin yang diduduki, terutama kepada rakyat Palestin yang terkepung di Jalur Gaza," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Ogos 2018 @ 9:06 AM