TUZELAN (kiri) dan Norhasanah menunjukkan sijil kelahiran anak angkat mereka bagi membantu mencari bapa kandung kanak-kanak berkenaan bagi urusan pengesahan penjagaan kekal dan proses dokumentasi di Serom 4, Tangkak, hari ini. FOTO Adi Safri.
TUZELAN (kiri) dan Norhasanah menunjukkan sijil kelahiran anak angkat mereka bagi membantu mencari bapa kandung kanak-kanak berkenaan bagi urusan pengesahan penjagaan kekal dan proses dokumentasi di Serom 4, Tangkak, hari ini. FOTO Adi Safri.
Badrul Kamal Zakaria


SUAMI isteri merayu kepada orang ramai untuk mengesan ayah kandung kepada anak angkat mereka bagi urusan pengesahan penjagaan kekal dan proses dokumentasi.

Tuzelan Ahmad, 54, dan Norhasanah Sukayat, 48, berkata sebelum ini mereka sudah mendapatkan pengesahan penjagaan daripada ibu kandung kanak-kanak yang kini berusia sembilan tahun itu, namun masih perlu mendapatkan pengesahan ayah kandung.

“Saya ingin meminta orang ramai membantu mengesan Zamzuri Abu Hassan, 42, yang juga ayah kandung kepada anak angkat saya, Siti Nur Shafiqah.

“Ini kerana sewaktu saya mengambilnya pada 2010, ayah kandungnya sudah menghilangkan diri dan kini ibu kandungnya, Masita Mahmud, 42, sudah berpisah dengan Zamzuri,” katanya ketika ditemui NSTP di Serom 4, Tangkak, hari ini.

Tuzelan berkata, sebelum ini pihaknya banyak berurusan dengan Masita berhubung proses penjagaan anak angkatnya, tetapi pihak Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) masih memerlukan kerjasama daripada Zamzuri untuk proses terbabit.

“Sebelum ini, kami sudah mendapatkan surat akuan berkanun membabitkan surat pengakuan anak angkat daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengenai perkara ini.

“Justeru, kami meminta Zamzuri atau pihak mengenali dirinya supaya dapat menghubungi kami di talian 013-6920988 bagi membantu menyelesaikan perkara ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Ogos 2018 @ 10:35 PM