VUI Keong berada di Istana Negara atas kapasiti sebagai Pengerusi Tetap Warisan.  -Foto fail
VUI Keong berada di Istana Negara atas kapasiti sebagai Pengerusi Tetap Warisan. -Foto fail
BERNAMA

PARTI Warisan Sabah (WARISAN) menafikan dakwaan kononnya Anggota Parlimen (MP) dari parti itu sudah dilantik ke beberapa jawatan menteri dan timbalan menteri di peringkat persekutuan.

Pengerusi Tetap parti itu, Datuk Liew Vui Keong berkata, berita itu hanya wajar disifatkan sebagai berita tidak benar.

Berita itu yang tersebar di media sosial menyebut Liew antara yang dilantik itu selain beberapa ahli lain WARISAN.

“Hal sebenarnya ialah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad belum menamakan kumpulan kedua barisan anggota kabinet yang kebanyakannya dikatakan terdiri daripada MP dari Sabah dan Sarawak,”€ kata Liew.

Liew berkata kehadirannya pada majlis mengangkat sumpah anggota Kabinet di Istana Negara, semalam, adalah dalam kapasitinya sebagai Pengerusi Tetap Warisan bersama timbalan presiden parti Darrel Leiking,

“Kehadiran kami itu sebagai mewakili Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan parti WARISAN,”€ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Mei 2018 @ 9:46 PM