MAYAT wanita diusung ke kenderaan polis untuk dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban. FOTO Khairul Najib Asarulah Khan
MAYAT wanita diusung ke kenderaan polis untuk dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban. FOTO Khairul Najib Asarulah Khan
Khairul Najib Asarulah Khan


BAU busuk dari sebuah rumah pangsa di Jalan Lobak, Seremban terjawab apabila polis menemui mayat wanita di dalam tandas rumah berkenaan, semalam.

Difahamkan, misteri bau busuk itu bermula empat hari lalu sebelum jiran menyedari ia berpunca dari rumah yang didiami wanita berusia 62 tahun berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.17 petang daripada jiran berhubung perkara itu.

“Beberapa anggota polis yang dikejarkan ke lokasi menemukan mayat wanita itu dalam keadaan terduduk di dalam tandas rumah berkenaan.

“Tiada sebarang unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya.

Katanya, mayat wanita itu dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Mei 2018 @ 1:45 PM