BOMBA berusaha membawa turun mayat yang sudah membusuk di atas bumbung rumah. FOTO Ihsan PDRM
BOMBA berusaha membawa turun mayat yang sudah membusuk di atas bumbung rumah. FOTO Ihsan PDRM
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


BAU busuk yang dihidu penduduk di Jalan Pantai Kuala Kurau, di Parit Buntar sejak beberapa hari lalu terjawab dengan penemuan satu mayat di atas bumbung rumah, hari ini.

Mayat lelaki dipercayai penduduk setempat dan berusia lingkungan 60-an itu ditemui 10.30 pagi tadi.

Mayat yang sudah membusuk dan tertiarap diatas bumbung rumah itu disedari penduduk setempat selepas menemui satu tangan mangsa terjuntai dari celah-celah bumbung.

Identiti mangsa belum dikenalpasti dan kini sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kurau sedang menjalankan operasi membawa turun mayat mangsa untuk diserahkan kepada pihak polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kerian, Deputi Superintendan Sanusi Salleh dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya mayat mangsa kini dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk proses bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 April 2019 @ 12:30 PM