GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


TIGA penjenayah yang melakukan kegiatan pecah rumah di daerah Petaling Jaya ditahan polis dalam serbuan di rumah di Kampung Subang Indah, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, serbuan kira-kira 3 petang itu turut menemui pelbagai jenis dadah.

“Suspek berusia 27 hingga 48 tahun ditahan ketika berada di dalam rumah berkenaan. Polis menemui satu bungkusan serbuk kristal disyaki dadah jenis syabu dan satu bungkusan dadah jenis heroin seberat 57 gram.

“Polis turut merampas kereta dan beberapa peralatan di percayai digunakan suspek untuk kegiatan pecah rumah,” katanya.

Mohd Zani berkata, siasatan mendapati semua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

“Semua suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Polis kini masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti penglibatan suspek dalam kes pecah rumah di daerah ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 January 2020 @ 11:20 PM