KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, ACP Adnan Azizon (tengah) menunjukan jenis dadah baru pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. FOTO Syarafiq Abd Samad
KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, ACP Adnan Azizon (tengah) menunjukan jenis dadah baru pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. FOTO Syarafiq Abd Samad
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


POLIS mengesan sejenis dadah baru dikenali sebagai ‘Flower’ yang dilaporkan semakin menular pengambilannya di pusat hiburan di ibu negara.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur Asisten Komioner Adnan Azizon berkata, dadah berkenaan yang dibalut menyerupai rokok mengandungi pelbagai bahan kimia mampu memberi kesan khayal dengan cepat.

Menurutnya, dadah berkenaan mempunyai bahan psikoaktif baru dikenali New Psychoactive Substances (NPS).

“Hasil siasatan awal mendapati dadah berkenaan dijual dengan harga RM100 sebatang.

“Dadah ini mula dipasarkan di pusat hiburan di Kuala Lumpur dan sekitar lembah Klang,” katanya.

Adnan berkata, pihaknya berjaya membongkar penemuan dadah baru itu selepas menahan dua wanita tempatan berusia 27 dan 29 tahun di Jalan Kuchai Lama, Sabtu lalu.

“Hasil penahanan suspek itu membawa kepada penemuan 100 batang ‘Flower’ yang tidak pernah ditemui di negara ini.

“Ujian saringan air kencing ke atas pengguna dadah berkenaan akan menunjukkan pengguna positif dadah jenis ganja,” katanya. Beliau berkata, setakat ini hanya 100 batang dadah jenis ‘Flower’ itu ditemui di Malaysia.

“Polis akan terus menjalankan siasatan terhadap kesan dan penggunaan dadah berkenaan di Malaysia,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Februari 2018 @ 5:33 PM