Mior Faridalathrash (kanan) melawat Abd Hanif yang disyaki dijangkiti Leptospirosis atau kencing tikus  di HPP. FOTO Danial Saad
Mior Faridalathrash (kanan) melawat Abd Hanif yang disyaki dijangkiti Leptospirosis atau kencing tikus di HPP. FOTO Danial Saad
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin


Georgetown: Seorang anggota polis dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) apabila disyaki dijangkiti virus Leptospirosis atau kencing tikus selepas pulang dari berkelah bersama keluarga di kawasan air terjun di Teluk Bahang, di sini, Isnin lalu.

Koperal Abdul Hanif Abdul Halim, 34, dimasukkan ke HPP selepas mengalami lemah anggota badan dan kini masih dalam rawatan pihak perubatan untuk mengenal pasti punca penyakit.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai anggotanya yang bertugas di Balai Polis Jelutong dimasukkan ke HPP kerana disyaki dijangkiti virus berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian selepas mangsa pulang dari mandi di sebuah kawasan air terjun di situ bersama keluarganya.

"Sehingga kini pihak HPP masih lagi menjalani pemeriksaan dan rawatan lanjut ke atas mangsa termasuk mengambil sampel darah bagi mengesan punca sebenar sama ada dijangkiti Leptospirosis atau sebaliknya," katanya ketika melawat mangsa di HPP, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Oktober 2015 @ 6:53 PM