IHSAN pembaca Harian Metro
IHSAN pembaca Harian Metro
Oleh Hadzlihady Hassan

Georgetown: Lelaki lelaki terbunuh ditimpa pokok dan ketulan batu ketika cuba berlindung di sebuah bangunan terbiar di Jalan Solok Perak, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 5.15 petang itu, Lim Choo Leong, 59, dikatakan tidak sempat lari kerana ketika itu angin kencang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata mangsa maut di lokasi kejadian.

“Mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Ogos 2015 @ 10:11 PM