Syanty Octavia Amry


Festival Filem Kuala Lumpur - Palestin 2017 (KLPFF2017) yang akan berlangsung Ahad ini di Black Box @ MapKL, Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur menjanjikan kisah menarik untuk ditonton.

Program anjuran Viva Palestina Malaysia (VPM) ini bermula pada jam 10 pagi hingga 7 malam.

Ia akan menayangkan empat filem menarik mengenai Palestin iaitu Coffee For All Nations yang akan ditayangkan pada jam 11.30 pagi, Wanted 18 (2 petang), Open Bethlehem (3.30 petang) dan This Is Palestine (5.15 petang).

Objektif utama program ini adalah untuk menambah dana bagi menyediakan biasiswa untuk penuntut Palestin yang ingin menyambung pengajian tinggi mereka di Gaza, Tebing Barat dan Diaspora.

VPM yang ditubuhkan pada 2014 sudah menaja sebanyak 1,600 biasiswa hingga hari ini.

Dalam pada itu, orang ramai yang mahu menyumbang untuk membantu penuntut terbabit boleh membeli tiket berharga RM100 untuk menonton salah satu daripada empat tayangan itu.

Pembayaran boleh disalurkan ke VPM menerusi akaun Maybank 564324601324. Setiap bukti pembayaran boleh dihantar kepada Shida di talian 011-21370569dan selepas itu orang ramai boleh menempah tiket dengan menyertakan nama, tajuk filem dan nombor tiket.

Selain tayangan filem, program berkenaan turut dimeriahkan dengan Bazaar Amal KLPFF di lokasi yang sama.

Untuk maklumat lanjut,hubungi011-15766527, emel [email protected] atau layari www.vpm.org.my.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Disember 2017 @ 11:14 PM