AHMAD Zahid bersama isteri menziarah Anwar di HKL, semalam.
AHMAD Zahid bersama isteri menziarah Anwar di HKL, semalam.
HM Digital

Kuala Lumpur: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama isteri, Datin Seri Hamidah Khamis sempat menziarah bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut melawat Anwar yang baru selesai menjalani pembedahan bahu kanan.

“Baru sahaja menziarahi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selesai menjalani pembedahan bahu kanan di HKL, baru-baru ini. Semoga beliau cepat sembuh,” kata Ahmad Zahid melalui akaun Twitternya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 November 2017 @ 3:57 AM