AZMAN (kanan)  melawat pameran pada Majlis Pelancaran Inktober 2017.
AZMAN (kanan) melawat pameran pada Majlis Pelancaran Inktober 2017.
HM Digital

Kuala Lumpur: Kunjungan ke Taiwan pada Oktober lalu menjadi ilham kepada kartunis, Stan Lee Cheow Hee, 64, menghasilkan 15 lukisan dan tiga daripadanya ditampilkan pada Pameran Inktober Malaysia 2017.

Pameran selama sebulan bermula 1 November lalu diadakan di Rumah Kartun dan Komik Malaysia.

Menurut Stan Lee, 15 lukisan menggunakan pen itu kebanyakannya dihasilkan ketika berada di dalam tren dan bilik hotel.

“Saya memang minat membuat lakaran. Apa saja yang dilihat di depan mata akan menjadi inspirasi kepada saya untuk menghasilkan lukisan.

“Ketika mengembara di Taiwan tempoh hari, saya berjaya menyiapkan 15 lukisan dengan setiap lukisan berjaya disiapkan dalam masa satu hingga dua jam.

“Sebenarnya, untuk Inktober 2017, saya sudah membuat 31 lukisan dan tidak sangka ada yang dipilih untuk dipamerkan,” selepas majlis pelancaran Malaysia Inktober 2017 oleh Pelukis Diraja Selangor, Datuk Azman Yusof di sini, semalam.

Majlis perasmian turut diserikan dengan demonstrasi melukis secara langsung oleh Azman.

Sementara itu, penganjur pameran itu, Mohd Desa Omar atau lebih dikenali sebagai Juragan berkata, pameran itu adalah sempena acara melukis dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 November 2017 @ 10:08 AM