Mayat mangsa ditutup dengan kain selepas kemalangan itu. FOTO Rosli Ilham
Mayat mangsa ditutup dengan kain selepas kemalangan itu. FOTO Rosli Ilham
Rosli Ilham


WANITA berusia 38 tahun maut selepas motosikal ditungganginya terbabas di Jalan Tembesu, Dungun, malam tadi.

Asma Laily Aziz, 38, dari Rumah Murah Jalan Merbuk, meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal Yamaha Legend ditunggangnya terbabas ke kawasan semak, kira-kira 10.15 malam.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah dari Hospital Dungun untuk rawatan penyakit lelah.

Seorang saksi, Ayuni Ariffin, 48, dia segera menghubungi ambulans selepas mendapati wanita itu tidak sedarkan diri dan pegawai perubatan yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan dia sudah meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, mayat wanita berkenaan dibawa ke Hospital Dungun untuk dibedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 November 2017 @ 10:23 AM