NOH (tiga dari kanan) menunjukkan buku  Pelancaran Agenda Perbandaran Baharu, semalam.
NOH (tiga dari kanan) menunjukkan buku Pelancaran Agenda Perbandaran Baharu, semalam.
Mahaizura Abd Malik


Kuala Lumpur: Kesediaan Malaysia menerima pakai dokumen Agenda Perbandaran Baharu (NUA) yang menggariskan aspek utama pembangunan bandar mengikut piawaian global mencerminkan komitmen kita menjadikan bandar di negara ini mampan dan sejahtera.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tan Sri Noh Omar berkata, NUA yang diterima pakai di 170 negara itu mencorakkan hala tuju pembangunan dan kesejahteraan ke arah bandar inklusif, selamat, berdaya tahan dan mampan dalam tempoh 30 tahun akan datang.

“Lima aspek yang digariskan dalam dokumen NUA ialah dasar perbandaran negara, perundangan dan peraturan perbandaran, reka bentuk dan perancangan perbandaran, sistem kewangan majlis perbandaran dan ekonomi bandar serta pelaksanaan tempatan.

“Namun, dokumen ini bukan hanya membabitkan isu perancangan dan pembangunan bandar saja, malah turut menyentuh struktur tadbir urus, inklusif sosial, pembangunan spatial, kemakmuran bandar dan kelestarian persekitaran,” katanya pada Majlis Pelancaran Agenda Perbandaran Baharu dan Dialog di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Oktober 2017 @ 5:30 AM