Anggota polis menjalankan siasatan di kedai emas di pasar raya besar di Kajang yang dirompak malam ini. FOTO ihsan pembaca
Anggota polis menjalankan siasatan di kedai emas di pasar raya besar di Kajang yang dirompak malam ini. FOTO ihsan pembaca
Nabihah Kamal

KEDAI emas di pasar raya besar di Kajang dirompak empat lelaki bersenjatakan tukul besi dan objek dipercayai pistol , 8 malam ini. 

Sumber berkata, empat lelaki memakai topi keledar menyerbu masuk kedai emas itu dan meminta dua pekerja di situ supaya tidak berbuat apa-apa. 

" Sebanyak 10 dulang barang kemas dilarikan selepas mereka memecahkan cermin pameran barang kemas di situ. 

" Seorang pekerja kedai emas itu turut cedera di kepala akibat dipukul seorang daripada perompak berkenaan, " katanya. 

Menurutnya, polis sedang menjalankan siasatan di tempat kejadian. 

"Rakaman kamera litar tertutup di kedai emas itu sedang diteliti bagi mengenal pasti suspek," katanya. 

 

 

 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Oktober 2017 @ 9:42 PM