ANGGOTA Bomba mengawal keadaan selepas berlakunya kebocoran gas ammonia. FOTO Amin Jalil
ANGGOTA Bomba mengawal keadaan selepas berlakunya kebocoran gas ammonia. FOTO Amin Jalil
Mohd Amin Jalil


KERJA penyelenggaraan dipercayai punca berlaku kebocoran gas ammonia di kilang membuat ais di Kawasan Perindustrian Senawang, hari ini.

Kejadian 5 petang itu menyebabkan beberapa pekerja di premis berhampiran cemas sebelum keluar menyelamatkan diri.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Senawang, Rudy Hartono berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.04 petang.

Katanya, Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 bergegas ke lokasi dan mendapati kebocoran gas ammonia berlaku dari kilang terbabit.

"Bagaimanapun melalui tindakan pantas pasukan HAZMAT mengawal keadaan dan tiada kejadian tidak diingini berlaku terutama membabitkan pekerja kilang terbabit.

"Keadaan di lokasi terkawal dan kerja penampalan kebocoran dilakukan dan seterusnya kerja pembersihan dijalankan sebaik selesai," katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Oktober 2017 @ 9:56 PM