Raus  berucap ketika Bicara Makan Tengah Hari Bersama Pengarang dan Pengamal Media bertajuk 'Perubahan Kehakiman Oleh Badan Kehakiman Malaysia' anjuran bersama Institut Kewartawanan Malaysia (MPI) dan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan di Kuala Lumpur, hari ini. FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Mohd Nasif Badruddin

KETUA Hakim Negara Tun Raus Sharif mengarahkan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Latifah Mohd Tahar supaya menyediakan ruang khas kepada pengamal media yang membuat liputan kes berprofil tinggi.

Raus berkata, beliau memahami kekangan dihadapi pengamal media berikutan ruang mahkamah sempit menyebabkan ada antara mereka perlu bergilir membuat liputan perbicaraan kes kematian warga Korea Utara, Kim Chol (atau didakwa sebagai abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam) di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

“€œMungkin boleh disediakan skrin di tempat lain kepada media yang membuat liputan kes di mahkamah.

“Kita faham ruang tidak mencukupi untuk memuatkan semua pengamal media yang membuat liputan,”€ katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab Bicara Makan Tengah Hari Bersama Pengarang dan Pengamal Media bertajuk 'Perubahan Kehakiman Oleh Badan Kehakiman Malaysia' anjuran bersama Institut Kewartawanan Malaysia (MPI) dan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan di Kuala Lumpur, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Oktober 2017 @ 7:53 PM