ANTARA kawasan yang dilanda banjir kilat di Kota Belud, hari ini. FOTO Recquel Raimi
ANTARA kawasan yang dilanda banjir kilat di Kota Belud, hari ini. FOTO Recquel Raimi
Recqueal Raimi


TUJUH kampung di daerah Kota Belud terjejas akibat banjir kilat selepas hujan beterusan selama tiga jam, sejak 4 petang hari ini

Kampung terbabit iaitu Kampung Bobot, Kampung Ejuk, Kampung Siasai Tamu, Kampung Kota Belud, Kampung Menunggui, Kampung Sembirai dan Kampung Lingkodon.

Bagaimanapun, sehingga kini, tiada penduduk dipindahkan.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Belud, Paulina Francis berkata, hujan turut menyebabkan peningkatan paras Sungai Tempasuk dan Sungai Abai sehingga melimpah ke penempatan berhampiran.

"Ia menyebabkan kawasan rendah di tujuh kampunh dinaiki air sejak 7.30 malamtadi.

"Pada masa sama, Jalan Kampung Bobot dan Jalan Siasai Tamu turut dinaiki air dan tidak boleh dinaiki semua jenis kenderaan.

"Kita masih menjalankan pemantauan dan bersiap sedia untuk membantu jika penduduk perlu berpindah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Oktober 2017 @ 11:10 PM