MANGSA dibenarkan pulang ke kampung masing-masing pada 10 pagi tadi. FOTO Ihsan APM
MANGSA dibenarkan pulang ke kampung masing-masing pada 10 pagi tadi. FOTO Ihsan APM
Recqueal Raimi


PUSAT Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Masyarakat Tun Said, Kota Belud, ditutup sepenuhnya 10 pagi, hari ini.

Pegawai Daerah Kota Belud, Abdul Gari Itam berkata, semua mangsa dibenarkan pulang berikutan banjir yang beransur pulih.

"Seramai 12 mangsa terdiri daripada lima keluarga dibenarkan pulang dan dihantar ke kampung masing-masing menggunakan trak," katanya dihubungi, hari ini.

Menurutnya, kampung yang terjejas adalah Kampung Siasai Tamu, Bobot, Ejuk, Kota Belud, Menunggui, Linau, Gunding, Sembirai, Lingkodon, Tanjung Pasir, Wakap, Labuan dan Taun Gusi Keranjangan.

"Ekoran cuaca cerah, semua kawasan terjejas banjir termasuklah laluan ke kampung itu sudah boleh dilalui kenderaan jenis rendah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 September 2017 @ 11:41 AM