KEADAAN bumbung zink flat Taman Merak Jaya, yang pecah dan diterbangkan angin kencang. FOTO Amir Irsyad Omar
KEADAAN bumbung zink flat Taman Merak Jaya, yang pecah dan diterbangkan angin kencang. FOTO Amir Irsyad Omar
Shamsul Munir Safini


EMPAT wanita terselamat selepas struktur bumbung sebuah rumah flat di Taman Merak Jaya, Simpang Ampat runtuh ekoran kejadian ribut, 6 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, kesemua wanita warganegara Indonesia yang tinggal di tingkat empat flat itu sempat menyelamatkan diri ketika atap zink dan ketulan bata jatuh di kawasan ruang tamu dan dapur rumah.

Seorang daripada mereka dikenali sebagai Riyana, 26, berkata, ketika itu dia dan rakannya sudah bangun dan duduk di ruang tamu.

"Kira-kira 6 pagi, saya terdengar bunyi angin kuat sebelum bumbung rumah kami diterbangkan angin dan ketulan bata jatuh di lantai.

"Kami menjerit dan lari menyelamatkan diri dan kejadian itu berlaku lebih daripada seminit sebelum berhenti," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Oktober 2017 @ 6:31 PM