RICHARD Riot hadir di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya. FOTO Abd Rahim Rahmat
RICHARD Riot hadir di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya. FOTO Abd Rahim Rahmat
Mohd Husni Mohd Noor


MENTERI Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya 10.03 pagi, hari ini dipercayai bagi memberi keterangan berhubung isu penyelewengan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

Semalam, Setiausaha Politik beliau direman enam hari bagi membantu siasatan penyelewengan dana kerajaan RM40 juta untuk PTPK.

Sebelum ini, pada 14 September lalu, empat individu termasuk Ketua Eksekutif PTPK bergelar Datuk dibebaskan dengan jaminan selepas ditahan.

Mereka yang ditahan dipercayai menyalahgunakan kedudukan serta menyeleweng wang peruntukan program latihan kemahiran bagi mereka yang tidak mempunyai pekerjaan.

Siasatan awal SPRM mendapati pada 2016, seorang suspek disyaki menyeleweng RM15 juta manakala RM25 juta pada tahun ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan RM40 juta.

Sumber SPRM berkata, kerajaan memperuntukkan RM40 juta untuk tahun ini kepada perbadanan itu bagi mengendalikan program latihan manakala pada 2016, RM35 juta diperuntukkan.

Berita berkaitan:

Setiausaha politik menteri direman [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 September 2017 @ 11:43 AM