Datuk yang juga setiausaha politik kepada seorang menteri kabinet dibawa keluar pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada Mahkamah Majistret Putrajaya selepas dibebaskan daripada reman bagi membantu siasatan kes PTPK. FOTO Abd Rahim Rahmat.
Datuk yang juga setiausaha politik kepada seorang menteri kabinet dibawa keluar pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada Mahkamah Majistret Putrajaya selepas dibebaskan daripada reman bagi membantu siasatan kes PTPK. FOTO Abd Rahim Rahmat.
Mohd Husni Mohd Noor


SETIAUSAHA politik kepada menteri yang disiasat berhubung penyelewengan wang peruntukan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dibebaskan daripada tahanan reman dengan jaminan RM30,000, hari ini.

Individu bergelar Datuk itu ditahan reman sejak 28 September lalu bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan peruntukan PTPK berjumlah RM40 juta dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Perintah tamat reman itu dikeluarkan Majistret Aina Sherina Saipolamin di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini.

Lelaki berusia 61 tahun itu individu kelima ditahan selepas empat individu berusia 32 tahun hingga 58 tahun termasuk ketua pegawai eksekutif bergelar Datuk ditahan berhubung kes sama, 13 September lalu.

Sebelum ini, media melaporkan tiga pegawai PTPK itu dan seorang pengarah syarikat bergelar doktor ditahan selepas disyaki terbabit menyalahgunakan kedudukan dan menyeleweng wang peruntukan program latihan kemahiran bagi mereka yang tidak mempunyai pekerjaan.

Berdasarkan maklumat diperoleh, keempat-empatnya dipercayai menyeleweng hampir RM40 juta pada 2016 dan 2017.

Tahun lalu, kerajaan memperuntukkan RM35 juta manakala RM40 juta pada tahun ini untuk mengendalikan program latihan.

Berita berkaitan

Reman dilanjut lima hari [METROTV]

'Menteri kena soal lebih 10 jam'

Lebih ramai akan dipanggil

Richard Riot beri keterangan

Setiausaha politik menteri direman [METROTV]

Dibebaskan dengan jaminan

Direman seleweng hampir RM40 juta [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Oktober 2017 @ 1:04 PM